Saturday, November 13, 2010


Mengenali seseorang itu

kadangkala membuat kita ketawa,


Mengenali seseorang itu

kadangkala membuat kita mengalirkan airmata,


sesungguhnya mengenali seseorng itu

mampu memberi kita sejuta rasa..

marah, jauh hati, sedih, gembira, sayang, rindu..


Tetapi, sedarkah kita mengenali seseorang itu

sebenarnya satu anugerah..


Biarpun hadirnya hanya seketika

& sekadar teman sementara...


Bersyukurlah dengan kehadirannya

kerana barangkali melaluinya..


Kita mengenal erti

apa itu suatu PERHUBUNGAN...

Friday, November 12, 2010

Ayat Selepas Kawin

Sebelum Tido:
6 minggu: Selamat tido Sayaaang, mimpi indah-2 ya, mmmuach.
6 bulan: Tolong matikan lampu tu, silau aah.
6 tahun: Sana sikit lah... Tido kalau tak mengepit tak bole ker???!


Pakai Toilet:
6 minggu: Tak apa, U masuk ler dulu, I tak kisaaahhhh
6 bulan: Masih lama lagi ke nih?
6 tahun: Brug! brug! brug! (suara pintu digegar), kalau nak bertapa pilah gunung ledang sana!!!



Balas SMS:
6 minggu: Iye Sayang, jap lagi I sampai rumah. Sayang, I belikan murtabak favourite U ye Sayang..
6 bulan: Trafik jam aah
6 tahun: K..



Dating process:
6 minggu: I love U, I love U, I love U.
6 bulan: Of course I love U.
6 tahun: Iyalah!! kalau I tak cintakan U, buat apa I nikah dengan U???



Pulang Kerje:
6 minggu: Sayaaang, I dah balik nih...
6 bulan : I'm BACK!!
6 tahun: Masak apa hari ini??



Hadiah (ulang tahun):
6 minggu: Sayang, I harap U suka cincin yang I beli untuk U ni
6 bulan: I beli lukisan, nampak sesuai dengan suasana ruang tengah
6 tahun: Nih duit, U beli sendirilah apa yg U nak..


Telefon:
6 minggu: Baby, ada yang ingin berbual ngan U di telefon nih
6 bulan: Eh... Your call...
6 tahun: WOOIII TELFON BUNYI TUUUHHH.... ANGKAT AAAAAHHH!!!



Masakan:
6 minggu: Wah, tak sangka I, pandai U masak.Rasa pun sedappp...!!!
6 bulan: Kita makan apa malam ini??
6 tahun: HAH!! LAUK INI LAGI?


Memaafkan:
6 minggu: Sudahlah, tak apa, dah pecah pun, nanti kita beli lagi yang lain,eh
6 bulan: Hati-hati, nanti jatuh tuh.
6 tahun: Orang dah bilang berkali-2 pon tak paham!!



Baju baru:
6 minggu: Aduh sayang, U seperti bidadari dengan pakaian itu
6 bulan: Lah... Beli baju baru lagi?
6 tahun: DAH BERAPA RIBU HABIS BELI BAJU TU???



Merancangkan Holiday:
6 minggu: Macam mana kalau kita jalan-jalan ke Amerika atau ke tempat yg U nak honey?
6 bulan: Kita ke Bukit Bintang aje ler... Senang sikit tak perlu naik flight...
6 tahun: JALAN-JALAN??? DUDUK RUMAH AJE TAK BOLEH KE? BUANG DUIT JE!


TV:
6 minggu: Baby, kita nak tengok cite apa malam ini?
6 bulan : Sekejap eh, citer bagus ah.
6 tahun: JANGAN TUKAR-2 BOLE TAK..


*** hahaha..memang klakar tp ini lah realitinya yang berlaku...untuk rakan-rakan..selamat membaca***

Thursday, November 11, 2010

Lafaz Yang Tersimpan

Luluh hatiku yang sayu
Menatap wajahmu tenang dalam lena
Kasih ku zahirkan laku
Sedangkan bibirku jauh dari lafaznya


Dan raut tuamu membekas jiwaku
Meredakan rindu mendamaikan kalbu
Tak mungkin kutemu iras sentuhanmu
Biarpun kuredah seluruh dunia
Mencari gantimu


Betapa sukarnya menyusun bicara
Meluahkan rasa menuturkan sayang
Kasih yang terlimpah hanya sekadar
Tingkah
Cuma ungkapan kebisuan yang
Melindungkan kalimah rahsia


Masih kubiarkan waktu
Melarikan lafaz kasihku padamu


Mengapakah sukar menyusun bicara
Meluahkan rasa menuturkan sayang
Kasih yang terlimpah hanyalah sekadar
Tingkah
Cumalah ungkapan bisu kalimah rahsia


Apakah yang hilang andai dilisankan
Bait penghargaan penuh kejujuran
Tak mungkin terlihat cinta yang merona
Jika hanya renungan mata yang bersuara
Bukan atur kata


Tiada lagi ertinya pengucapan
Andai akhir nafas di hujung helaan
Sebelum mata rapat terpejam
Usah biar kehilangan
Menggantikan lafaz yang tersimpan

*** Andai apa yang tersimpan adalah benar..maka lafazkan lah.... agar ia memberi kebenaran tentang yang kita akan lafazkan......***

Wednesday, November 10, 2010

Islam itu Sempurna.....

Kita hidup nie indah dan adil.....sangat selamat, aman makmur..lagi-lagi jika kita berpegang pada Agama Allah dan Al-quran dalam menjalani kehidupan seharian..Tetapi kenapa hidup kita 'derita'??? sebab kita sendiri mencipta 'derita' tersebut....kat sini saya nak berkongsi dengan semua rakan-rakan...sama-sama kita hayati dan amalkan seperti apa yang termaktub dalam Al-quran seperti dibawah....
TAK RUGI SEZARAH PUN!!!!

"Kita nie janganla cepat percaya dan trima apa jua orang kata, berfikir dan menilai dahulu"
"SABAR itu mutiara Keimanan, Al-quran pun dah sebut, tak rugi jika kita nie penyabar"

"Al-quran dah terang-terang sebut, tak rugi jika kita ada sifat pemaaf, jadi sentiasa la memaafkan orang"

Tuesday, November 9, 2010

Speachless.........


Kata orang-orang tua, "sarang tebuan, jangan dijolok, kelak padah akibatnya"....

Berdasarkan ungkapan ini, aku sering beringat... Apa sahaja yang aku lakukan, aku akan fikirkan akibatnya dikemudian hari...

Kalau ikutkan hati, akan mati... Kalau ikutkan rasa, gerenti aku akan binasa... Kesimpulannya, aku harus mengelak dan menepis semua ini dengan apa cara sekalipun... Walaupun kadangkala agak sukar untuk aku lakukan dan tunaikan, aku harus gagahkan diri untuk menangkis semua ini... Biar aku merana dahulu, daripada aku merana esok lusa... Semua ini adalah untuk kebaikan diri aku juga...

Memang susah untuk jadi diri aku... Tiada orang yang memahami kecuali Dia yang Maha Esa... Sebab itu, bila kesulitan melanda, cuma Dia tempat aku mengadu... Tempat aku meminta... Tempat aku menagih simpati... Tempat aku memohon pertolongan dan perlindungan... Syukur, alhamdulillah... Apa yang aku luahkan didengari olehNya... Ku yakini, Dia sentiasa berada disisiku walau apa jua keadaan...

Firasatku kuat menyatakan, sekarang sudah tiba masanya untuk aku melakukan satu pengorbanan... Pengorbanan yang mungkin agak sukar untuk dilakukan oleh insan lain... Aku harus tabah dan kuat semangat... Aku redha dengan apa yang aku hadapi... Semuanya ku anggap sebagai satu ujian dari yang Maha Esa... Biarpun agak berat pada awalnya, tapi aku yakin, kejayaan akan muncul dan menjadi milikku satu masa nanti... Insya Allah...

Semuanya ku serahkan pada yang Maha Esa untuk menentukannya...

Monday, November 8, 2010

Gambar PIlihan Potret...

Ini lah hasil pertama dalam gambar potret....masih banyak yang perlu dipelajari...Sila komen dan bagi tunjuk ajar...











Friday, November 5, 2010

GAMBAR PILIHAN...



 
 
 
 
 
 

 Sebahagian daripada berpuluh-puluh gambar yang diambil...
 Hasil daripada orang yang baru kenal dunia foto....
Sungai Melaka | Jonker Walk | Masjid Putrajaya | Putrajaya

MANUSIA DENGAN CIPTAAN NYA...

Manusia dilahirkan umpama kain putih yang tiada coraknya. Namun, tanggungjawab ibu bapa mencorakkannya dengan warna warni... Bila manusia itu kian dewasa, pelbagai ilmu telah diperoleh dan dipelajari mengikut bidang yang diminati, malah idea dan akal fikiran mereka semakin kreatif dan inovatif. Kita dapat lihat dimana zaman kini pelbagai idea kreatif di tunjukkan..  JOM TENGOK.... 


 
The 600 Years from the macula on Vimeo

JODOH DI TANGAN ALLAH..


Jatuh cinta perkara biasa. Apabila kita jatuh cinta pada seseorang, itu tandanya ada sesuatu keistimewaan pada seseorang tu.Apatah lagi orang yang kita jatuh cinta tu di atas jalan dakwah ni..Tetapi kita kena ingat.. Kita tak akan dikahwinkan dengan seseorang atas sebab jatuh cinta atau saling cinta mencintai.. Bercouple mungkin.. Tetapi bukan berkahwin... Kerana kita berkahwin dengan jodoh kita, jodoh yang Allah dah tetapkan sejak azali.. Dan tak mustahil orang yang kita paling benci itulah jodoh kita yang kita akan dikahwinkan dengannya.."Allah itu Maha Adil.. Dia tak pernah menzalimi hambaNya..Sesungguh nya, yang selalu menzalimi hambaNya ialah diri hamba tu sendiri.. Sebabnya hamba tu degil. Dia mahukan yang bukan haknya, yang bukan milik dia.

Mencintai seseorang tidak semestinya memilikinya.Dalam Islam, kita dah diajar untuk saling mencintai antara satu sama lain seperti diri sendiri.. Jadi apabila kita mencintai saudara kandung, kita bebas peluk dia. Tetapi bila dengan bukan mahram, kita ada batas-batasnya.Orang kafir kata batas-batas ini suatu diskriminasi, tetapi sebenarnya batas-batas syariat itulah yang memelihara kehormatan seorang lelaki dan seorang perempuan. Cuba kita renungkan, kita mengenali seorang insan yang amat baik, sempurna agamanya dan rajin. Lalu kita jatuh hati padanya. Ditakdirkan jodohnya dengan insan lain, kita pula dengan yang lain..Tetapi itu tidak bermakna ukhwah antara kita dan dia terputus.. Kita dan dia sama-sama mencari redha Allah.. Kita dan dia masih boleh sama-sama bekerjasama untuk mencari redha Allah.. jatuh cinta bukan perkara luar biasa..Dan berkahwin pun bukan suatu jaminan untuk tak jatuh cinta pada lelaki lain.. 

Kerana itulah ramai isteri yang curang, suami yang curang..Ada orang tukar pasangan macam tukar baju. Apa yang penting ialah kita kena perjelaskan pada diri kita supaya setiap kali kita jatuh cinta, jatuh cinta itu kerana kita jatuh cinta kepada Pencipta dia. Kita bagi tau pada diri kita berulang kali yang kita mencintai Allah, kerana itu kita mencintai si dia. Letakkan Allah sebagai sempadan hati kita,segala perkara yang kita cintai dan sayangi termasuk mak abah adalah kerana mencintai Allah.. Dan apabila kita membenci seseorang atau sesuatu, beri tahu pada diri sendiri berulangkali yang kita benci sekian-sekian hal kerana Allah semata-mata.

Hati kita ni walaupun dalam dada kita sendiri, ia tetap bukan milik kita. Kita tak mampu untuk mengawalnya. . Hanya Allah yang boleh memegangnya. . Sebab tu kita kena dekatkan diri dengan Allah.. Sebab kita nak dia pegang kukuh-kukuh hati kita. Bila dia pelihara dan masuk dalam hati kita, itulah nikmat lazatnnya bercinta. Masa tu biarpun satu dunia menyakiti kita, kita tak rasa sakit sebab kita asyik dengan nikmat bercinta dengan Allah.. Bercinta dengan Allah sangat berbeza dari bercinta dengan manusia. Walau siapapun jodoh yang Allah hantarkan untuk kita sume, terimalah dengan hati yang redha.. Tak mustahil dia adalah orang yang kita benci. 

"artikal ini saya perolehi dari seorang rakan karib saya di UItm Shah Alam, Dia beritahu saya  untuk berkongsi artikal dan dimuatkan kedalam blog..lantas ia merupakan sebahagian nas islam, sya juga ingin berkongsi bersama anda. Semoga artikal ini menjadi renungan kita bersama"

Monday, November 1, 2010

Jangan mencari terlalu sempurna...

Jika kamu memancing ikan....Setelah ikan itu terlekat di mata kail, hendaklah kamu mengambil ikan itu....Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia semula ke dalam air begitu saja....Kerana ia akan SAKIT oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup.


Begitulah juga .........


Setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang...Setelah ia mulai MENYAYANGIMU hendaklah kamu MENJAGA hatinya....Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja....Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu dan mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia mengingatmu. ...


Jika kamu menadah air biarlah berpada, jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh.... cukuplah sekadar keperluanmu. ...Apabila sekali ia retak.... tentu sukar untuk kamu menambalnya semula.... Akhirnya ia dibuang....


Sedangkan jika kamu cuba memperbaikinya mungkin ia masih dapat dipergunakan lagi....Begitu juga jika kamu memiliki seseorang, TERIMALAH seadanya....Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa....Anggaplah dia manusia biasa. Apabila sekali dia melakukan KESILAPAN bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya.... akhirnya kamu KECEWA dan meninggalkannya.


Sedangkan jika kamu MEMAAFKANNYA boleh jadi hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhirnya....Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi... yang kamu pasti baik untuk dirimu. Mengenyangkan. Berkhasiat.Mengapa kamu berlengah, cuba mencari makanan yang lain..Terlalu ingin mengejar kelazatan.Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya. Kamu akan menyesal.


Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan..... yang pasti membawa KEBAIKAN kepada dirimu. MENYAYANGIMU..MENGASIHIMU. ..Mengapa kamu berlengah, cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain.


Terlalu mengejar kesempurnaan.Kelak, kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang lain... Kamu juga yang akan MENYESAL.....
~renungan bersama~